Sunday, May 1, 2011

kEhidUpAn di AsrAmA

Terlalu banyak perkara yang ana belajar semasa tinggal di asrama..Semuanya menjadi kenangan dan pengajaran dalam hidup ana..terima kasih pada Ustazah Tuan Maznah (umi),warden yang memang tak jemu2 mengajar kami, tentang hidup berdikari..

Ana tinggal di Asrama SMK Bandar Tasik Selatan,Cheras sejak tingkatan 1 hingga tingkatan 3..ramai juga kawan2 yang menangis bila mak ayah berlalu dari asrama masa mula2 tingkatan 1..tapi ana selamba aje..bagi ana masa tu, nak buat macam mana, redha je lah, nak menangis pun malu..tp,ble tbe wkt tidur menangis jgela..cme diam2..mlm mle2 tnggl d asrama ana asyik mmikirkn kluarga je,tidur p0n x lena..maklumla,x p'nh b'pish dgn kluarga..

Setiap hari masing2 ada tugas menyapu dorm, lap tingkap,dan macam2 lg.. Biasalah budak2 lagi masa tu, ada juga yang nak 'mengelat', nak curi tulang..tugas2 itu saja sudah mendidik kita jangan berat tulang, jadilah seorang yang pembersih, bekerjasama dengan rakan2..biasanya Umi, warden kitaoranglah akan buat 'checking' semula hasil kerja2 kitaorang tu..kalau dia tak puas hati, kenalah buat semula..maknanya bila buat sesuatu biarlah dengan ikhlas dan bersungguh2..

Kalau pakaian tu biasalah kena basuh sendiri..ana tak tau le kalau kat asrama lain macam mana 'law'nya..subuh2 sebelum pegi sekolah dah sidai baju kat belakang asrama..pastikan guna penyepit, takut terbang..susah pulak nanti..kalau da terbang or jtuh..abesla..baju2 tu akan 'hilang' dikutip oleh mereka yang ditugaskan oleh Umi..sesiapa nak 'tebus' baju tu kenalah bayar RM 1 untuk sehelai baju..bila ingat masa tu rasa macam kejam je,tapi hakikatnya mengajar kami berdisplin..

Untungnya ana tinggal di asrama ada tusyen di sediakan..bayangkan kos sekarang yang patut dibayar..ibu dan ayah ana cuma kena bayar RM 90 sethun untuk tusyen..b'bnding d luar mgkin RM 90 2 utk stu subjek sebulan..ana tinggal di asrama yang lengkap dengan peralatan sukan, komputer, makan minum, tusyen, tempat tinggal, kadang2 pegi jalan2 dan macam2lah..kerana itu juga ana bersyukur sangat2 bila ana dapat tawaran ke situ..

Masing2 diberi loker untuk simpan semua barang..Ada ruang untuk baju, buku, botol air dan sebagainya..Loker ana tidak lah kemas sgt, tapi agak tersusun juga..teruja juga bila tengok loker kakak2 senior yang kemas sangat isi lokernya..tak kurang juga yang kalau dibuka pintu lokernya, habis nak terkeluar semua barang..bila Umi kata nak 'spot check' loker, masing2 kalutlah nak mengemas..lbih2 lg bila time 0uting..macam2 stail diaorang melipat kain,ada yang lipat macam biasa je,ada yang lipat cam owg kdai lipat..

Kalau nak diceritakan pengajaran masa tinggal di asrama, memang banyak..bagi ana, yang buruk tu kita buang jauh2, belajar daripada perkara yang baik..cuba kita perhatikan remaja2 sekarang, ada tak yang basuh baju sendiri, basuh kasut sendiri, kemas bilik sendiri, lipat baju sendiri? Sekurang2nya mereka buat untuk diri sendiri dulu..mgkn mmg ade,cme x rmi yg b'buat dmikian..kalau ada, Alhamdulillah kerana mereka sangat menghargai apa yang mereka ada..ana sgt mrindui knngn2 d asrama b'sme kwn2,warden2,juni0r2 n seni0r2 ana..

2 je k0t yg dpt ana shre..

wallahualam..

No comments:

Post a Comment