Tuesday, November 29, 2011

sekadar nasihat utk kaum hawa..

1.Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.


2.Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.


3.Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.


4.Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

5.Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.

6.Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, Ingatlah sentiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan sentiasa ada tangan terulur.

7.Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.

8.Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

9.Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

10.Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu...


wallahualam..

Tuesday, November 22, 2011

lelaki idaman..:)

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang beriman.
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah.
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam.
Yang sentiasa haus dengan ilmu.
Yang sentiasa dahaga akan pahala.
Yang solatnya adalah maruah dirinya.
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar.Yang tidak pernah gentar 
untuk melawan nafsu.
Yang sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya.
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya.
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya.
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang.
Yang mempunyai banyak kawan dan tidak mempunyai musuh.

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya.
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga.
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga.
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam.
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan.
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam.
Yang hidup di bawah naungan Al-Qur’an dan mencontohi sifat 
Rasulullah.
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.
Yang menjaga matanya dari berbelanja.
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya.

Lelaki idaman saya tidak pernah mensia-siakan waktu.
Matanya kepenatan kerana penat membaca.
Suaranya lesu keraa penat mengaji dan berzikir.
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan.
Bangunnya subuh penuh kesegaran.
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.
Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati.
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat.
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan di jaga.
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik.
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian 
dunia.
Kerana dia mengimpikan syurga.
Di situlah rumah idamannya.
Dan dia ingin membawa saya bersama.

DIALAH LELAKI IDAMAN SAYA …

wallahualam..

Saturday, November 19, 2011

sekiranya cinta kpd manusia..

Sekiranya Kita Cinta Kepada Manusia,
Tak Semestinya Manusia Cinta Kepada Kita,
Tetapi Sekiranya Kita Cinta Kepada Allah,
Nescaya Cinta Allah Tiada Penghujungnya...

Sekiranya Kita Cinta Kepada Manusia,
Kita Akan Cemburu Kepada Orang Yang Mencintai
Orang Yang Kita Cintai,
Tetapi Sekiranya Kita Cinta Kepada Allah,
Kita Akan Turut Mencintai
Orang Yang Melabuhkan Cintanya Kepada Allah Juga…

wallahualam..



Thursday, November 17, 2011

wanita..

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


Wednesday, October 26, 2011

air mata seseorang yang bergelar lelaki..

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

betapa mahalnya airmata sorang lelaki.,
betapa payahnya melihat airmata seorang lelaki

Tetapi,
Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.

wallahualam..


Sunday, June 26, 2011

EXAM..

EXAM..???
slal0 b'legar2 dlm fikiran..
tdk..!!!exam da dkt..
mule mmbelek buku..
tak lekang dpd tngn..
ke mne2 sje buku pst b'sme..
i2 lah lumrah kehidupan..
apble tbe msim exm,
msing2 sbuk mmbce..
sdngkn..
jika msim tiada exm..
jngnkn buku,sehelai m/s suratkab0 p0n mls nk bce..

sama-sama muhasabah diri.. Renung-renungkan dan selamat beramal.. Wallahualam..

Sunday, May 1, 2011

kEhidUpAn di AsrAmA

Terlalu banyak perkara yang ana belajar semasa tinggal di asrama..Semuanya menjadi kenangan dan pengajaran dalam hidup ana..terima kasih pada Ustazah Tuan Maznah (umi),warden yang memang tak jemu2 mengajar kami, tentang hidup berdikari..

Ana tinggal di Asrama SMK Bandar Tasik Selatan,Cheras sejak tingkatan 1 hingga tingkatan 3..ramai juga kawan2 yang menangis bila mak ayah berlalu dari asrama masa mula2 tingkatan 1..tapi ana selamba aje..bagi ana masa tu, nak buat macam mana, redha je lah, nak menangis pun malu..tp,ble tbe wkt tidur menangis jgela..cme diam2..mlm mle2 tnggl d asrama ana asyik mmikirkn kluarga je,tidur p0n x lena..maklumla,x p'nh b'pish dgn kluarga..

Setiap hari masing2 ada tugas menyapu dorm, lap tingkap,dan macam2 lg.. Biasalah budak2 lagi masa tu, ada juga yang nak 'mengelat', nak curi tulang..tugas2 itu saja sudah mendidik kita jangan berat tulang, jadilah seorang yang pembersih, bekerjasama dengan rakan2..biasanya Umi, warden kitaoranglah akan buat 'checking' semula hasil kerja2 kitaorang tu..kalau dia tak puas hati, kenalah buat semula..maknanya bila buat sesuatu biarlah dengan ikhlas dan bersungguh2..

Kalau pakaian tu biasalah kena basuh sendiri..ana tak tau le kalau kat asrama lain macam mana 'law'nya..subuh2 sebelum pegi sekolah dah sidai baju kat belakang asrama..pastikan guna penyepit, takut terbang..susah pulak nanti..kalau da terbang or jtuh..abesla..baju2 tu akan 'hilang' dikutip oleh mereka yang ditugaskan oleh Umi..sesiapa nak 'tebus' baju tu kenalah bayar RM 1 untuk sehelai baju..bila ingat masa tu rasa macam kejam je,tapi hakikatnya mengajar kami berdisplin..

Untungnya ana tinggal di asrama ada tusyen di sediakan..bayangkan kos sekarang yang patut dibayar..ibu dan ayah ana cuma kena bayar RM 90 sethun untuk tusyen..b'bnding d luar mgkin RM 90 2 utk stu subjek sebulan..ana tinggal di asrama yang lengkap dengan peralatan sukan, komputer, makan minum, tusyen, tempat tinggal, kadang2 pegi jalan2 dan macam2lah..kerana itu juga ana bersyukur sangat2 bila ana dapat tawaran ke situ..

Masing2 diberi loker untuk simpan semua barang..Ada ruang untuk baju, buku, botol air dan sebagainya..Loker ana tidak lah kemas sgt, tapi agak tersusun juga..teruja juga bila tengok loker kakak2 senior yang kemas sangat isi lokernya..tak kurang juga yang kalau dibuka pintu lokernya, habis nak terkeluar semua barang..bila Umi kata nak 'spot check' loker, masing2 kalutlah nak mengemas..lbih2 lg bila time 0uting..macam2 stail diaorang melipat kain,ada yang lipat macam biasa je,ada yang lipat cam owg kdai lipat..

Kalau nak diceritakan pengajaran masa tinggal di asrama, memang banyak..bagi ana, yang buruk tu kita buang jauh2, belajar daripada perkara yang baik..cuba kita perhatikan remaja2 sekarang, ada tak yang basuh baju sendiri, basuh kasut sendiri, kemas bilik sendiri, lipat baju sendiri? Sekurang2nya mereka buat untuk diri sendiri dulu..mgkn mmg ade,cme x rmi yg b'buat dmikian..kalau ada, Alhamdulillah kerana mereka sangat menghargai apa yang mereka ada..ana sgt mrindui knngn2 d asrama b'sme kwn2,warden2,juni0r2 n seni0r2 ana..

2 je k0t yg dpt ana shre..

wallahualam..

3 CahAya pada hArI KiamAt

Pada hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:

*Cahaya yang PERTAMA seperti bintang-bintang
*Cahaya yang KEDUA seperti cahaya bulan
*Cahaya yang KETIGA seperti cahaya matahari

Apabila ditanya cahaya apakah ini?lalu dijawab:

"Cahaya yang PERTAMA ialah cahaya wajah-wajah manusia di dunia,mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan..

KEDUA ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan..

KETIGA ialah cahaya mereka seperti matahari..mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."..

wallahualam..

4 pERkara SEbelUm tidUr..

Rasulullah S.A.W b'pesan kpd Aisyah R.A:"Ya Aisyah,jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara,iaitu:

1)Sebelum khatam Al-Quran
2)Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hri akhirat nnt
3)Sebelum para muslim meredai kamu
4)Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

"bertanya Aisyah:Ya Rasulullah..bagaimana aku dpt melaksanakan empat perkara seketika?"Rasulullah t'senyum dn b'sabda:"sebelum engkau hendak tidur bacalah:Al-Ikhlas tiga kali..amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Quran ..bacalah selawat untukku,maka aku akn memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak..beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredai kamu..

"Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat"..

"Ampunilah aku,ya Allah yang Maha Besar,ibu bapaku,semua muslimin dan muslimat,mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yg telah mati."

"Dan,perbanyakknlah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

Kalau mampu amalkan sekurang-kurangnya tiga 3..slps i2 bacalah bismillahirrahmanirrahim sbyk 21 kali..strusnya bacalah doa sblm tidur..adapun amalan Rasulullah S.A.W sblm tidur,mmbca surah Sajadah dan Al-Mulk sblm tidur..mengamalkn mmbca suratul Mulk sblm tidur akn mmbuat kubur kita,tmpt semadi smntara mnunggu akhirat,suatu tmpt yg sejahtera dn terang-benderang..sbgi suatu p'lindungn el0klah kita amalkan mmbca Ayatul Kursi dn 4 Qul smge kita d jauhi dpd gangguan mnusia dn jin sewaktu kita tidur..

wallahualam..

MarAhlah TETAPI biAR bertEmpAt..

Penyelidikan tntg psikologi ada mnyebut,mmndm rasa mrh hnye akn mnjdkn anda lbih t'tekan dn boleh mnyebbkn anda akn d serang k0mplikasi pnyakit lain misalnya drh tinggi,skit jntung,dn lbih truk lagi kanser..wah,t'nyata bukn calang2 akibtnya kalau anda menahan mrh..oleh i2,adlh lbih baik jika anda lhirkn shje em0si mrh i2 demi mmbn2 minda anda sntiase sihat dn t'plihara..selain i2,ia turut mlatih organ tubuh utk mrse lbih sensitif shingga mngtahui mne yg p'lu d p'btulkn..jd,mrhlh jika anda mhu mrh..TTPI pstikn anda sedar btsn dn cara t'baik utk mnyalurkn rse mrh i2..jgn mlulu tnpa hujung pangkal..kelak anda pula yg d lihat kurng cerdik..

wallahualam..

Saturday, April 30, 2011

ceritera sebuAh kEhidupan..:D

Kehidupan adalah suatu kenyataan..dari sudut apakah manusia
menerima kehidupan itu suatu kenyataan..adakah manusia
yakin tentang dirinya dijadikan oleh Maha Pencipta atau sebaliknya manusia menganggap kehidupan itu suatu kejadian secara
teori dan kaedah..dari susunan demi susunan dan peraturan kejadian..tentang tuhan pula manusia hanya menerima hakikat
sesuatu yang ghaib dan menjadi segala sumber kejadian semata-mata..suatu kuasa yang tidak dapat diibaratkan,
dikaji dan kewujudan yang asli..

Persoalan ini selalu berkisar terhadap diri seseorang yang baru
mengenal kehidupan dan sedang mencari kebenaran alam ciptaan..
ini berlaku dizaman-zaman ribuan tahun dahulu dan lahir pelbagai falsafah ketuhanan dan sebagainya..pada akhir zaman umat
bertambah temadun dan lebih mampu dalam menggunakan akal..
al-quran adalah satu-satunya kitab rujukan yang menceritakan
segalanya tentang sejarah yang tidak pernah manusia tahu..
namun sejauh mana dan berapa ramai manusia yang hidup mengambilnya sebagai panduan..

Dikalangan umat Islam sendiri yang melalui jalan kebenaran,
apakah semua mendalami Alquran untuk benar-benar mencari kebenaran.Ada yang membaca dan menjadi penghafal dan
menjadi pengajar ayat-ayat al-quran dengan baik namun tidak
semestinya mereka mampu menjelaskan maksud isinya mengikut
maksud yang sebenar..

Mengenal tuhan bukan semata-mata ingin kenal dan menguatkan iman..atau manusia hanya inginkan kepastian dan sesudah
itu manusia beribadat dan taat kerana hukum wajibnya atau takut
akan berdosanya..mengenal Islam adalah suatu jalan dan
mengenal tuhan adalah matlamat jalan itu..jalan itu pula terdapat
pelbagai jalan,pelbagai istilah..manusia pula mengenal melalui
pelbagai wajah dan pelbagai rasa..

wallahualam..