Saturday, April 30, 2011

ceritera sebuAh kEhidupan..:D

Kehidupan adalah suatu kenyataan..dari sudut apakah manusia
menerima kehidupan itu suatu kenyataan..adakah manusia
yakin tentang dirinya dijadikan oleh Maha Pencipta atau sebaliknya manusia menganggap kehidupan itu suatu kejadian secara
teori dan kaedah..dari susunan demi susunan dan peraturan kejadian..tentang tuhan pula manusia hanya menerima hakikat
sesuatu yang ghaib dan menjadi segala sumber kejadian semata-mata..suatu kuasa yang tidak dapat diibaratkan,
dikaji dan kewujudan yang asli..

Persoalan ini selalu berkisar terhadap diri seseorang yang baru
mengenal kehidupan dan sedang mencari kebenaran alam ciptaan..
ini berlaku dizaman-zaman ribuan tahun dahulu dan lahir pelbagai falsafah ketuhanan dan sebagainya..pada akhir zaman umat
bertambah temadun dan lebih mampu dalam menggunakan akal..
al-quran adalah satu-satunya kitab rujukan yang menceritakan
segalanya tentang sejarah yang tidak pernah manusia tahu..
namun sejauh mana dan berapa ramai manusia yang hidup mengambilnya sebagai panduan..

Dikalangan umat Islam sendiri yang melalui jalan kebenaran,
apakah semua mendalami Alquran untuk benar-benar mencari kebenaran.Ada yang membaca dan menjadi penghafal dan
menjadi pengajar ayat-ayat al-quran dengan baik namun tidak
semestinya mereka mampu menjelaskan maksud isinya mengikut
maksud yang sebenar..

Mengenal tuhan bukan semata-mata ingin kenal dan menguatkan iman..atau manusia hanya inginkan kepastian dan sesudah
itu manusia beribadat dan taat kerana hukum wajibnya atau takut
akan berdosanya..mengenal Islam adalah suatu jalan dan
mengenal tuhan adalah matlamat jalan itu..jalan itu pula terdapat
pelbagai jalan,pelbagai istilah..manusia pula mengenal melalui
pelbagai wajah dan pelbagai rasa..

wallahualam..