Tuesday, November 29, 2011

sekadar nasihat utk kaum hawa..

1.Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.


2.Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.


3.Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.


4.Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

5.Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.

6.Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, Ingatlah sentiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan sentiasa ada tangan terulur.

7.Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.

8.Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

9.Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

10.Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu...


wallahualam..

Tuesday, November 22, 2011

lelaki idaman..:)

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang beriman.
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah.
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam.
Yang sentiasa haus dengan ilmu.
Yang sentiasa dahaga akan pahala.
Yang solatnya adalah maruah dirinya.
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar.Yang tidak pernah gentar 
untuk melawan nafsu.
Yang sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya.
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya.
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya.
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang.
Yang mempunyai banyak kawan dan tidak mempunyai musuh.

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya.
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga.
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga.
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam.
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan.
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam.
Yang hidup di bawah naungan Al-Qur’an dan mencontohi sifat 
Rasulullah.
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara.
Yang menjaga matanya dari berbelanja.
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya.

Lelaki idaman saya tidak pernah mensia-siakan waktu.
Matanya kepenatan kerana penat membaca.
Suaranya lesu keraa penat mengaji dan berzikir.
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan.
Bangunnya subuh penuh kesegaran.
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.
Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati.
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat.
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan di jaga.
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik.
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian 
dunia.
Kerana dia mengimpikan syurga.
Di situlah rumah idamannya.
Dan dia ingin membawa saya bersama.

DIALAH LELAKI IDAMAN SAYA …

wallahualam..

Saturday, November 19, 2011

sekiranya cinta kpd manusia..

Sekiranya Kita Cinta Kepada Manusia,
Tak Semestinya Manusia Cinta Kepada Kita,
Tetapi Sekiranya Kita Cinta Kepada Allah,
Nescaya Cinta Allah Tiada Penghujungnya...

Sekiranya Kita Cinta Kepada Manusia,
Kita Akan Cemburu Kepada Orang Yang Mencintai
Orang Yang Kita Cintai,
Tetapi Sekiranya Kita Cinta Kepada Allah,
Kita Akan Turut Mencintai
Orang Yang Melabuhkan Cintanya Kepada Allah Juga…

wallahualam..



Thursday, November 17, 2011

wanita..

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan